KONGSI ILMU

ADAB.... MASIHKAH DIPEDULIKAN ?


ADAB SEORANG MURID
Sebagai seorang murid kita wajar punyai adap dan susila yang baik sebagai amalan. Dengan amalan adab yang baik ini, Insya Allah ilmu dan pelajaran yang kita perolehi juga akan mendapat berkat.
Tips ini boleh dikongsi oleh para pelajar :
1. Mulai sapaan dengan memberi salam terlebih dahulu. Usah sesekali kita terus terjah ke arah guru semasa hendak menegur atau menyoal guru.
2. Kurangkan bercakap, banyakkan bertindak. Pelajar yang terlalu banyak bercakap akan menimbulkan masalah displin di dalam kelas. Jika terlalu banyak bertanya dan bercerita pula pasti akan membosankan rakan-rakan.
3. Bertanyalah guru perkara-perkara yang berkaitan dengan pelajaran. Bertanyalah dengan bijak dan tidak menyentuh peribadi guru.
4. Berikan tumpuan yang sepenuhnya semasa belajar. Usah berbisik semasa guru mengajar atau memandang sambil lewa terhadap guru. 
5. Hormati pendapat rakan dan jangan mempertikaikan pendapat orang lain semasa sesi perbincangan.
6. Bertindak segera apabila mendapat arahan guru datau ketua kumpulan. 
7. Hormati keputusan guru dan ketua kumpulan. Usahlah membangkang dan mempertikaikan keputusan yang telah disepakati. Belajarlah menerima pendapat orang lain dengan hati yang terbuka.

JERNIHKAN HATIMU.

Jauhi  3 perkara, nescaya Allah akan melembutkan hatimu dan memberikan cahaya.

1. Tinggalkan perkataan atau pengucapan yang buruk lagi memburukkan. Jauhi perbuatan dan tingkah laku sumbang yang menghalang diri dari meraih kecintaan dari Allah. Hindari sembang-sembang yang bertujuan fitnah untuk menimbulkan prasangka buruk orang lain.

2. Tinggalkan dosa-dosa yang telah lalu. Segeralah bertaubat dan berazam untuk memperbaiki diri atas segala kelemahan dan kedaifan akal budi. Sentiaslah berusaha untuk menjauhi perkara-perkara yang boleh mejerumuskan diri ke jalan kesesatan yang lalu. Sentiasa istikhomah ketika melakukan perubahan dan kebaikan.

3. Rahsiakan amalan-amalan mulia dan ibadah. Biarlah segala kebaikan yang dilakukan menjadi rahsia antara insan dan Allah semata. Hindari diri dari berlaku riak. Janganlah disebarkan kebaikan dan sedekah kepada orang ramai.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan